Kilang Jahit Pukal Shah Alam

Notis Privasi

Polisi Privasi Penggunaan Laman Web KilangJahit.com

Polisi Privasi laman ini membincangkan berkenaan maklumat peribadi (Personally Identifiying Information: PII) yang kami (MAFEYA SDN BHD) kumpul/ambil daripada anda ketika anda menggunakan laman kami www.kilangjahit.com (“Laman”) atau perisian, tawaran serta servis lain yang kami sediakan di dalam laman ini atau seluruh halaman laman web kami. Dengan melawat laman ini atau memberikan (PII) anda kami, anda telah bersetuju dengan polisi privasi di laman ini. Laman kami akan membuat kemaskini dan perubahan maklumat setiap masa, dan polisi ini juga mungkin berubah selari dengan perubahan yang berlaku.

Janji Privasi MAFEYA SDN BHD

Kami sangat komited dalam menjaga privasi anda pada setiap masa. Kami komited dalam perkara ini: (1) Kami tidak akan memberikan butiran peribadi pengguna kami selain diberi kebenaran untuk berbuat demikian dan (2) jika kami tidak mendapat kebenaran daripada anda untuk memberikan butiran peribadi anda, kami Cuma akan memberikan statistik kepada pengiklan kami berkenaan bilangan pengguna yang melawati laman web kami serta corak trafik.

Maklumat Peribadi

MAFEYA SDN BHD tidak mewajibkan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi (PII) ketika anda mahu mengakses laman www.kilangjahit.com. Bagaimanapun, jika anda ingin membuat tempahan jahit pukal atau upah jahit, kami akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain maklumat yang dirasakan perlu untuk proses tempahan dan kami akan memastikan maklumat peribadi anda selamat bersama kami. Kami tidak akan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak lain kecuali jika perlu untuk dikongsikan atas tujuan pemasaran.

Kami juga akan mengumpul maklumat lawatan bagi mengawasi jumlah pengunjung yang melawati laman kami, halaman mana yang mereka lawati dan berapa lama anda berada di laman kami. Sebagai tambahan, kami mengumpul maklumat daripada pengunjung yang menekan pada halaman laman kami supaya kami dapat mengukur jumlah kunjungan untuk tujuan pengiklanan, analisis dan sebagainya.

Kami mengumpul maklumat pengguna ini untuk dua perkara utama: (1) untuk kami terus membuat penambahbaikan terhadap konten yang kami tawarkan; dan (2) untuk menggunakan maklumat aktiviti anda di laman kami kepada pengiklan yang sesuai seperti Facebook atau Google. Pihak kami mendedahkan informasi ini kepada pengiklan supaya dapat memberikan konten yang lebih tepat dan bersesuaian dengan minat pengguna.

Pengunjung tidak diwajibkan untuk berkongsi maklumat peribadi mereka kecuali pelanggan yang ingin membuat tempahan kerana kami perlukan maklumat peribadi anda untuk memproses tempahan.

Cookies Dan Penjejakan

(a) Cookies. Seperti mana-mana Laman Sesawang yang lain, kami juga menggunakan “Cookies”. Cookies adalah ‘alphanumeric identifiers’ yang kami pindahkan ke hard drive computer anda melalui konten laman kami supaya system kami dapat mengenal pasti pelayar web anda. Kami menggunakan cookies untuk mengingatkan kami informasi anda dan pautan aktiviti anda. Disebabkan anda anda boleh mengambil langkah untuk memadam atau menyekat cookies, jika anda mengaktifkannya, servis ini tidak akan berfungsi seperti apa yang kami telah reka. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil langkah ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini di pelayar web anda. Cookies kami tidak akan mengutip PII yang anda berikan kepada kami ketika proses pendaftaran, tetapi ianya akan mengutip informasi lain seperti:

  • Nama Domain serta host dari mana anda mengakses Internet dan alamat Internet laman yang menghubungkan kepada alamat emel kami;
    Masa dan tarikh anda mengakses laman dan kandungan laman kami;
  • Alamat IP komputer anda dan maklumat tentang platform, dan jenis pelayar web yang anda gunakan (serta versi yang anda gunakan);
  • Demographic serta butiran bukan peribadi tentang anda; dan
  • Informasi untuk mencegah penyalahgunaan atau penipuan.

(b) Google Analytics. Ini melibatkan ‘cookies’ di pihak-pertama untuk melaporkan interaksi pengunjung di laman web. ‘Cookies’ ini digunakan untuk menyimpan maklumat yang tidak dapat mengenalpasti pengunjung secara peribadi. Pelayar web tidak akan berkongsi ‘cookies’ pihak-pertama di seluruh domain.

Pendedahan Maklumat Peribadi Kepada Pihak Ketiga

Pautan ke laman web lain: Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak terkawal, walaupun sebahagian daripada mereka mungkin memaparkan logo jenama-jenama di bawah MAFEYA SDN BHD. MAFEYA SDN BHD tidak boleh bertanggungjawab terhadap dasar privasi syarikat lain. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati di internet.

Pendedahan yang dikehendaki: MAFEYA SDN BHD boleh bekerjasama dengan semua pertanyaan daripada penguatkuasa undang-undang dan berhak untuk mendedahkan maklumat pengenalpastian atau agregat secara peribadi berkaitan dengan sepina atau permintaan yang diperuntukkan oleh mahkamah untuk maklumat tersebut.

Keselamatan

MAFEYA SDN BHD telah melabur, dan akan terus melabur, dalam keselamatan kualiti terbaik untuk menjaga akses kepada maklumat, kualiti data, dan keselamatan fizikal pelayan di mana maklumat disimpan. Laman kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Walau bagaimana pun, usaha ini tidak dapat menjamin bahawa penggodam tidak akan mendapat akses kepada komunikasi antara anda dan laman web ini.

Polisi Gambar, Video, Grafik Dan Visual

Segala bahan seperti gambar, video, grafik dan visual yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik MAFEYA SDN BHD dan jenama-jenama dibawahnya. Bagaimana pun kami akan memberikan kredit kepada pemilik sebenar gambar, video, grafik dan visual yang kami gunakan selain yang dinyatakan.

Sekiranya anda melihat sesuatu yang anda miliki di kilangjahit.com tetapi lebih suka untuk kami keluarkannya, tulis kepada kami di sales@kilangjahit.com dengan pautan ke halaman tersebut. Sekiranya sesuatu telah dikreditkan dengan salah atau disalah digunakan, tulis kepada kami juga untuk kami perbaiki.

Hak Mengubah Dasar Privasi Dan Tiada Halangan Untuk Pemindahan Aset

Sebagai pemilik, MAFEYA SDN BHD boleh mengubah dasar ini pada bila-bila masa. Anda harus mengkaji semula dasar privasi kami secara berkala untuk memastikan bahawa anda sudah mengetahui dasar semasa kami. Penggunaan laman web oleh anda berikutan sebarang pengubahsuaian kepada dasar privasi akan secara konsisten dianggap menerima syarat dasar privasi ini dan sebarang perubahan kepada dasar tersebut. Tiada apa-apa dalam dasar privasi ini bertujuan untuk menghalang hak atau keupayaan MAFEYA SDN BHD untuk memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan MAFEYA SDN BHD. Jika anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang berkenan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengurus atau menyimpan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi jabatan yang mengumpul maklumat peribadi anda dalam contoh pertama, atau tulis kepada:

Perhatian kepada: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat surat-menyurat: MAFEYA SDN BHD, KilangJahit.com, 32-A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: +6017 229 0120
Alamat Emel: sales@kilangjahit.com
Web: www.kilangjahit.com

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan