Kilang Jahit Pukal Shah Alam

Blog

Jenis – Jenis Fabrik Yang Sesuai Untuk Baju Korporat

Artikel kali ini lain daripada yang lain. Kami yakin, korang tahu baju korporat adalah pakaian formal dan akan dipakai pada hari tertentu sahaja. Lebih – lebih lagi untuk korang yang bekerja di pejabat dan jika ada program formal.

Fabrik untuk baju korporat ini, bukan fabrik yang biasa kita gunakan untuk buat t shirt printing, jersey sublimation atau baju raya korang tau.

Jadi material dan fabrik untuk baju korporat perlulah lebih sesuai dengan hari atau program tersebut.

Semestinya kita perlu pakai material yang selesa dan sejuk untuk pakai harian.

Dengan itu, kami akan bagitahu korang jenis – jenis fabrik yang kebiasaannya digunakan untuk baju korporat. Bukan setakat itu, kami akan bagitahu sekali ciri – ciri yang ada pada jenis fabrik.

 

 

Antara Fabrik Baju Korporat:

  • Viscose High Grade

Viscose antara paling ramai orang guna untuk baju korporat. Oleh sebab materialnya yang lembut dan selesa apabila korang pakai.

Ia juga dapat menyerap peluh dengan baik antara kedua fabrik di bawah. Walaupun begitu, ia lebih sesuai jika hanya pakai di dalam pejabat kerana kainnya agak tebal.

 

  • Comb Cotton

Fabrik comb cotton juga bagi kesan yang selesa pada pemakai. Dengan material yang tak setebal viscose, serap peluh dan sejuk.

Ia juga lebih kuat dan dengan benang yang halus berbanding fabrik cotton yang biasa. Tetapi, ini mesti korang agak kurang suka, kerana mudah berkedut dan susah jika mahu seterika.

 

  • Polysoft

Berbeza dengan dua fabrik di atas, kerana ia diperbuat dari bahan sintetik dan cotton. Malah fabrik polysoft ini akan buat baju korporat korang tak ubah bentuk dan kekal cantik. Bukan itu sahaja, material fabrik ini juga lembut, licin dan nampak sedikit berkilat. Ia akan bagi effect slim gituu kat korang.

Cuma seperti yang kita tahu semua jenis material polyester kan, tak menyerap peluh. Itu salah satu sebab kenapa tak ramai yang memilih fabrik polysoft sebagai kain untuk buat baju ini.

 

baju korporat

 

Macam mana dengan blog kami kali ni? Adakah dapat bantu korang untuk buat pemilihan fabrik baju korporat?

Jangan lupa tau buat tempahan dengan kami. Kami akan bagi harga yang murah yang belum pernah korang dapat. Lagi banyak kuantiti korang tempah, lagi murah harga korang dapat!

Dan jangan risau, sudah pasti korang akan berpuas hati dengan kualiti produk kami.

Hubungi kami di talian 017-2290224  untuk sebarang pertanyaan dan membuat tempahan. Juga datang ke lokasi showroom kami di Shah Alam untuk tengok sample fabrik dan baju korporat!

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.