Pemilihan baju yang bagus adalah sangat penting bagi mereka yang gemar akan aktiviti sukan seperti larian.
Larian akan menjadi lebih selesa apabila anda memakai baju yang membenarkan sistem pengaliran udara yang baik, sejuk dan menyerap peluh.
Di sini, saya ingin memberikan beberapa langkah dalam pemilihan baju yang bagus.
Tips 1 : Jenis Fabrik
Baju larian yang elok adalah dari jenis fabrik yang mudah membebaskan haba dan menyerap udara serta peluh dengan baik. Kebiasaannya kita akan memakai baju jenis kain mikrofiber kerana kainnya yang nipis dan tidak panas. Selain itu, baju dari kain jenis polyester, lycra dan nylon spandex juga sesuai untuk dijadikan baju larian kerana ia sangat ringan dan memberikan keselesaan ketika berlari.
Tips 2 : Saiz Yang Tepat
Jika jenis fabrik telah kita kenal pasti, pemilihan saiz yang tepat juga adalah amat penting dalam memilih baju larian. Seterusnya, adalah disarankan untuk memilih saiz mengikut bentuk tubuh badan anda, tetapi tidak terlalu ketat. Tambahan pula, pakaian yang sedikit longgar juga adalah bagus untuk pengaliran udara.
Tips 3 : Jenama
Anda disarankan untuk memilih baju larian dari jenama terkenal yang direka khas untuk bersukan. Hal ini kerana mereka mempunyai teknologi fabrik yang dapat menghasilkan kualiti terbaik untuk keselesaan yang berpanjangan semasa berlari.
Tips 4 : Terang
Aktiviti larian bukan sahaja sering dilakukan pada waktu siang, malah ramai yang melakukan ia pada waktu malam juga atas faktor kesibukan mereka bekerja di siang hari. Bagi anda yang suka melakukan aktiviti larian pada waktu malam, anda disarankan untuk memakai baju yang lebih terang atau mempunyai sebarang ‘reflective effect’ pada baju untuk memudahkan orang sekeliling dapat melihat anda walau dalam keadaan yang gelap dan dapat mengelakkan diri dari sebarang kemalangan.
Kami di Mafeya Apparel boleh menghasilkan baju larian yang berkualiti tinggi dan mengikut semua ciri-ciri di atas. Mahukan baju yang ready made ataupun custom made? Boleh kunjungi showroom kami di Shah Alam untuk lihat lagi baju dan jenama yang selesa atau hubungi kami di talian 017-2290224 untuk pertanyaan lanjut.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Team Cetak ( Kilang Printing T-Shirt& Embroidery )
32A Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!